Wednesday, 14 November 2012

Contoh RPH Konstruktivisme



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1 (Konstruktivisme)


Tarikh/ Hari
:
20.3.2012 Selasa



Masa
:
7.40 – 8.40 pagi



Bil. Pelajar
:
30 orang



Kelas     
:
2 Cerdik



M/ Pel
:
Bahasa Malaysia



Tajuk
:
Jagalah Kebersihan



Objektif
:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1.      Menyenarai secara lisan 2 bahan yang  digunakan untuk mencuci tangan dengan betul.
2.      Melakonkan cara mencuci tangan dengan betul.
3.      Menyenarai secara lisan 3 kebaikan  mencuci tangan dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid telah mengetahui tentang kepentingan menjaga kebersihan mencuci tangan dengan sabun pada pelajaran yang lepas
Konsep
:
Konstruktivisme.
Bahan
:
LCD, Computer, Radio. Kad Imbasan
Nilai
:
Menjaga kebersihan
Kemahiran
:
Psikomotor
 

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
+/- 5 minit


Mari menyanyi ’Can Mali Can”

Guru memperdengarkan  lagu ”Can Mali Can”  dengan menggunakan radio kepada murid.
Guru meminta murid bersama-sama menyanyikan lagu.

Murid menyanyi menyanyi ’’Can Mali Can” dengan iringan  muzik.

komputer
lagu can mali can
LCD


Perkembangan Langkah 1
+/- 15 minit


Menerangkan bahan yang digunakan untuk membasuh tangan :
1.  Sabun
2.  Air yang mengalir


Guru menayangkan kad imbasan gambar bahan-bahan yang digunakan untuk mencuci tangan dan menerangan kegunaannya.

Murid melihat dengan teliti bahan-bahan yang digunakan untuk mencuci tangan.

Komputer
kad imbasan
persembahan PPT
LCD

Langkah 2
+/- 30 minit


Demonstrasi  mencuci tangan dengan betul menggunakan LCD

Guru meminta 3 orang  murid menunjukkan cara mencuci tangan di rumah secara bergilir di hadapan kelas

Murid datang ke hadapan kelas dan menunjukkan cara mencuci tangan di rumah

 
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid



Guru seterusnya menunjukkan cara mencuci tangan dengan betul menggunakan air dan sabun basuh.
Guru meminta murid membentuk 3 kumpulan dalam bulatan dan meminta seorang murid menunjukcara mencuci tangan dengan betul.

Murid mendengar dan melihat dengan teliti


Murid membuat 3 kumpulan dan membuat bulatan.
Seorang murid yang dipilih menunjukcara mencuci tangan dengan betul.

Sabun
Air

Penutup
+/- 10 minit

Kebaikan mencuci tangan dengan betul
1.  Dapat mengelakkan dari kuman dan bakteria
2.  Dapat mengelakkan dari jangkitan kuman
3.  Menghilangkan kuman dan bakteria yang ada pada tangan
4.  Sihat dan hidup dengan aman


Guru meminta murid menyenaraikan secara lisan kebaikan mencuci tangan dengan betul
Guru menggalakkan dan membimbing murid menjawab soalan

Murid menjawab secara lisan soalan yang diberikan oleh guru.


Refleksi :

1.         28 orang daripada 30 orang murid dapat menyenaraikan secara lisan 2 bahan yang digunakan untuk mencuci tangan
2.         30 orang murid dapat melaksanakan cara mencuci tangan dengan betul
3.         30 orang murid dapat menjawab 3 kebaikan mencuci tangan dengan betul secara lisan.

1 comment: