KESALAHAN
UMUM TATABAHASA
Istilah
|
salah
|
Betul
|
|
Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik
|
Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya
|
Kata Jamak
|
salah
|
betul
|
|
mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang
|
mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang
|
Kata
Penguat
|
salah
|
betul
|
|
sangat tinggi sekali
sungguh jauh sekali
paling indah sekali
amat menakutkan sekali
|
sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan
|
Kata Adjektif
dan Imbuhan “ter” Tanpa Penguat
|
Salah
|
betul
|
|
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam
pertandingan itu.
|
Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan
itu.
|
Kata
Hubung
|
salah
|
betul
|
|
Sally sedang membaca bila saya tiba di
rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil.
|
Sally sedang membaca apabila saya tiba
di rumahnya.
Badannya besar tetapi kakinya kecil.
|
Kata Bilangan
|
salah
|
betul
|
|
Sekolah itu telah menjalan berbagai
aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu
peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah
remaja suka membuang masa di pasar raya.
|
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai
aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu- ribu peniaga
tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah- setengah
remaja suka membuang masa di pasar raya.
|
Kata
Sendi
i - Dari
|
salah
|
betul
|
|
Umar telah berpindah daripada sekolah
ini bulan lalu.
Daripada hari
ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
|
Umar telah berpindah dari sekolah ini
bulan lalu.
Dari hari
ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
|
ii -
Daripada
|
salah
|
betul
|
|
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal
di asrama.
|
Tilam itu dibuat daripada
getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada
abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada
tinggal di asrama.
|
iii -
Pada
|
salah
|
betul
|
|
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari
Kebangsaan.
Di
petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia dengan
negara.
|
Saya selalu pergi ke ibu kota
pada Hari Kebangsaan.
Pada petang semalam , saya
pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat
setia pada negara.
|
iv - Di
|
salah
|
betul
|
|
Saya dilahirkan diSarawak.
Ayah awak bekerja dimana ?
|
Saya dilahirkan di Sarawak.
Ayah awak bekerja di mana ?
|
Penjodoh Bilangan
|
salah
|
betul
|
|
Setiap orang pelajar.
Sesetengah orang rakyat.
Seluruh buah negeri.
Semua ekor binatang.
|
Setiap pelajar.
Sesetengah rakyat.
Seluruh negeri.
Semua binatang.
|
Kata Ganti
Diri
|
salah
|
betul
|
|
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau
dibawa ke balai polis.
“Kau tinggal di mana ?” tanya
Siva kepada gurunya.
|
Pencuri itu telah ditangkap. Dia
dibawa ke balai polis.
“Cikgu tinggal di mana ?” tanya
Siva kepada gurunya.
|
Kata Adjektif
|
salah
|
betul
|
|
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar
lazat.
Pemandangan di pantai yang nian indah
itu mempesonakannya.
|
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat
benar..
Pemandangan di pantai yang indah nian
itu mempesonakannya.
|
Kata
Kerja Transitif
|
salah
|
betul
|
|
Ibu sedang jahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya.
|
Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu mecuci keretanya.
|
Ayat Pasif
|
salah
|
betul
|
|
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
|
Cerpen itu telah saya karang.
Latihan itu mesti kaubuat.
|
Kata Tanya
|
salah
|
betul
|
|
Kamu berasal dari manakah ?
Apa nama
pengawas itu ?
Bila ayah
akan pulang ?
Binatang
peliharaan awak bernama siapa ?
|
Kamu berasal dari mana
?
Siapakah nama pengawas itu ?
Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak
bernama apa ?
|
Ejaan
|
salah
|
betul
|
|
Kanak-kanak itu di bawa oleh
ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur dibawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga
dalam acara itu.
Ke tua
mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan
yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya
kepada anaknya yang bongsu.
|
Kanak-kanak itu dibawa
oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur di
bawah meja.
Amin mendapat tempat ketiga
dalam acara itu.
Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan
harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.
|
Salam, kesalahan tatabahasa yang cikgu paparkan sememangnya baik kerana kebanyakan soalan yang disoal dalam peperiksaan UPSR Pemahaman, berkaitan apa yang cikgu paparkan. Diharap paparan ini dapat membantu anak-anak murid kerana banyak input yang boleh diperolehi di sini. Bagi anak-anak murid sila ambil peluang ini.....
ReplyDelete