MARI
BERPAANTUN
Kalau Tuan pergi ke kedai, Belikan
saya buah keranji; Kalau tuan bijak pandai Apa binatang keris di kaki?
Ada sebiji roda pedati, Bentuknya
bulat daripada besi; Selalu diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati?
Buah budi bedara mengkal, Masak sebiji
di tepi pantai; Hilang budi bicara akal, Buah apa tidak bertangkai?
Burung nuri burung dara, Terbang ke
sisi taman kayangan; Cubalah teka wahai saudara, Semakin diisi makin ringan?
Bunga orkid indah warnanya, Penyeri
taman perindah hutan; Ramai orang datang bertanya Tapak siapa hidup di lautan?
No comments:
Post a Comment